Total Pageviews

Tuesday, May 25, 2010

the other side of facebook~~~

at last, terbuka jugak hati aku nak tulis post baru ntok blog aku ni.....
pape pun, rite now bukan la aku ni xde idea nak tulis, but then it just MALAS n aku da cam agak jauh ngn blog aku ni.......

hehehhe.....so, bak kata org yg jauh dekat2 kan....yg dekat, kita erat-eratkan.....
(huh, ade kaitan ke????layan kan je la,)

skrg ni, ibu+ayah+amad pegi ziarah pak lang sarip kat hospital selayang, aku xdpt pegi, sbb kene amik alh tugas ibu aku menjaga anak2 jagaan die kat umah.....
pe nak wat, doa je la dari umah ni....even aku agak terkilan jugak la sbb xdpt nak ziarah skali.....

tiap2 hari ngadap laptop, bukak facebook....komen status org, klu rajin sikit post status baru, dgn harapan ade org laen nak komen skali.....
hehehe, tu je la keje nye....BORING....
smlm aku tibe2 cam terbace pasal facebook ni.....
actually bagus sbnrnye pendekaan facebook ni dlm hidup seseorng, nak2 zaman skrg ni, facebook da kire macam satu kemestian bagi semua org tak kire la peringkat umur, keturunan, bangsa n apa pun jenis agama.....
kira nye, macam kalau sape2 yg xade facebook ni, mmg ketinggalan giller.....
tu pendapat aku la, tapi it ok klu sape2 yg xde facebook ni, myb die ade their own reason.....
tapi bile kaji2 balik, setiap bende yg kite wat ni ,mesti ade price yg perlu di bayar...(wahhhh, giller skema ayat aku ni....)
citer pasal bende yg aku bace smlm, baout facebook, actually dlm sedar tak sedar sdg kite berfacebook ni, kite juga bole menambahkan dosa!!!!



huh????aku pun cam berminat nak bace lagi.......
tapi tak sume bende la yg bole menambahkan dosa kite,
menurut penulis ni, dm entri die g bertajuk : Dosa-dosa & Facebook....

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa,antaranya....

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka.
Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook.
Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

ORIGINAL ARTICLE


so, tu je la yg aku dpt kongsikan info, pape pun sumenye terletak pada niat seseorng....
renung2kan da selamat beramal.....peace!!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

Annaz said...

mmm..cam tu ker?
Miss Annaz pun pernah terbaca tentang nie..
klu bleh jangan la layan benda2 yang boleh mendatangkan dosa kat kita tap kita nie hanya manusia biasa. tak lepas dari melakukan kesilapan..

FB nie pun baik gak..
boleh contact kengkawan lama..

apa2 pun yang penting niat kita..

>thanks sbb sudi singgah..lain kali jangan segan2 singgah yer..

hanisa said...

ok....
teng jugak singgah kat blog sy....

i e l a said...

suke nngk v/clip tu...
suke2 jugak, tp kekdg terkne gak tempiasnyer... =D

hanisa said...

hehehe, mizely, finally dpt jugak cri blog awak......hehehehe